Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.buh] | ملابوه

Definisi : 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melabuh

Peribahasa

Menghambat kerbau melabuh.

Bermaksud :

Menegahkan sesuatu yang akan mendatangkan keuntungan atau kesenangan kepada diri sendiri. melabuh = beranak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Melabuh-labuh bagai buntal ditiup.Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghambat kerbau melabuh.Menegahkan sesuatu yang akan mendatangkan keuntungan atau kesenangan kepada diri sendiri. melabuh = beranak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas