Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ku.kan] | ملاکوکن

Definisi : 1 menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2 menjadikan laku; melariskan jualan: Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3 membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Memanjat dedap.

Bermaksud :

Melakukan perbuatan secara nekad.

 

Lihat selanjutnya...(101)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(56)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menanam mumbang.Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memanjat dedap.Melakukan perbuatan secara nekad.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melangkahi ular.Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mencencang air.Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melulur bersitungging.Melakukan sesuatu pekerjaan dengan terpaksa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Koyak tak berbunyi.Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengisi perian bobos.Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengisi gantang pesuk.Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggantang anak ayam.Melakukan pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima, b. Bagai menyukat belut hidup).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendukung biawak hidup.Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri; mempunyai anak atau isteri yang sangat menyusahkan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas