Langkah yang telah terlangkahkan. | Sesuatu yang sudah dimulai melakukannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyandang lukah tiga. | Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang galas tiga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menyandang galas tiga. | Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyandang lukah tiga). galas tiga = tiga bungkus dagangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. | Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rosak tapai kerana ragi. | Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salangkan tak hujan becak, inikan pula hujan. | Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |