Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.len.tur] | ملنتور

Definisi : 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.len.tur] | ملنتور

Definisi : 1 melengkung atau membengkok spt julai batang buluh dll; berkelok (bkn benda-benda panjang yg lembut): Dawai-dawai telefon ~ pd musim panas. 2 mudah dilengkungkan atau dilentukkan tetapi tidak mudah patah. 3 ki dpt disesuaikan dgn keadaan (bkn peraturan dsb); lw ketat atau kaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentur
Kata Terbitan : melentur, melenturkan,

Peribahasa

Melentur dahan dek meluyut buahnya.

Bermaksud :

Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Melentur biarlah waktu rebung.Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melentur dahan dek meluyut buahnya.Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pucuk pohon ru; ke mana ditiup angin ke situlah melentur.Tidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur.Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas