Seperti janggut pulang ke dagu. | Memang sudah pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir. | Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lalat memanglah mencari puru. | Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah membeli, menang memakai. | Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meruncing tanduk kerbau. | Memberi perangsang kepada seseorang yang memang jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut. | Orang yang memang berani takkan jadi pengecut. kecambah = tumbuhan kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |