Memasang pelita tengah hari. | Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menahan (= memasang) lukah di penggentingan. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya. | Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akal labah-labah; di gua buruk suka merakut. | Orang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memancing di air keruh. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menahan jerat di tempat genting, b. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan, c. Menangguk dalam air keruh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menangguk dalam air keruh. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah lulus maka hendak melantai. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |