Condong yang akan menimpa. | Perbuatan yang sangat membahayakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Uir-uir minta getah. | Berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri; perempuan yang memikat hati lelaki. uir-uir = sebangsa belalang atau jengkerik yang biasa berbunyi di dalam rimba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi. | Sesuatu yang membahayakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba juga. | Marah yang tidak sampai membahayakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya. | Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |