Tak tahu membalas guna. | Melupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu. | Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sariat palu memalu, hakikat balas membalas. | Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gunting makan dihujung. | Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghapuskan arang di muka. | Menghilangkan malu; membalas dendam. (Peribahasa lain yang sama makna: Membasuhkan arang yang terconteng di muka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak (boleh) tanduk telinga dipulas. | Asal dapat membalas dendam, apa saja dilakukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyokong padi hendak rebah. | Menolong seseorang lemah yang akan membalas budi orang yang menolongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menabur (= menanam) biji di atas batu. | Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |