| Pandai menyelam air dangkal. | Pandai membawa diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik. | Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang. | Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (= terjengit-jengit). | Orang yang tidak tahu membawa diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. | Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang. | Tidak sombong; rendah diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. | Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |