Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberi

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi bunga kepada kera (monyet).

Bermaksud :

Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(58)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Memberi garam kepada laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi bunga kepada kera (monyet).Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi barang kepada kera.Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas.Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah cencang memberi pampas, salah bunuh membangun.Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya.Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan memberi bunga kepada monyet).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang memberi tangan di atas, yang menerima (= meminta) tangan di bawah.Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merebut merampas, membunuh membangun.Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencencang memampas, membunuh membangun.Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi makan anjing di tembikar, memberi makan gajah dengan alatnya.Tiap-tiap perbuatan itu hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas