Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.sar.be.sar.kan] | ممبسر - بسرکن

Definisi : menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (spt kejayaan, kesusahan, cerita, dsb) drpd keadaan yg sebenarnya: ia ~ kekayaannya; ~ kesalahan orang; ~ perkara yg kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.sar.be.sar.kan] | ممبسر - بسرکن

Definisi : mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membesar-besarkan

Peribahasa

Air setitik dilautkan,
     tanah seketul digunungkan.

Bermaksud :

Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).

 

Lihat selanjutnya...(3)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut.Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain.Suka membesar-besarkan perkara yang kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas