Membuang garam ke laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Memberi lauk kepada orang membantai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. | Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah. | Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tukang tidak membuang kayu. | Orang yang cerdik selalu berhemat dalam segala perkara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuang bunga ke jirat. | Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia, (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bunga di atas kubur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menabur bunga di atas kubur. | Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menabur bijan ke tasik. | Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membasuh najis dengan mala. | Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tabur bijan ke tasik. | Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bijan ke tasik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |