Membuat titian berakuk. | Memperkenakan tipu muslihat untuk mencelakakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuat tergigit (= tercabut) lidah. | Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuat diam-diam lepu. | Berpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk berbuat jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji. | Hanya mementingkan dirinya saja, tanpa menghiraukan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung. | Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuat mahu menuras tidak. | Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut. menuras = menapis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dalam rumah membuat rumah. | Mencari keuntungan atas ongkos orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya. | Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan memberi bunga kepada monyet). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata kejam, bantal membuat ragam. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menimbau boleh, menggala-gala tak tahu. | Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |