Menggantang asap, mengukir langit. | Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya. | Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memagar diri bagai aur. | Hanya memikirkan diri sendiri saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angan-angan mengikat tubuh. | Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan. | Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. | Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik. | Kalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |