Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Anak Cina mengetam papan,
     Papan diketam berlaga-laga;
Meminta mati dalam pangkuan,
     Meminta siram si air mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bila meminta: lembut gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Meminta rotan yang sekerat.Hendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bila meminta: lembut gigi daripada lidah.Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meminta kepada yang ada.Meminta sesuatu yang difikirkan mungkin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti meminta susu kepada ayam.Meminta nasihat bukan pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti berseru di tengah padang.Meminta pertolongan tetapi siapa yang mengendahkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti memekik di tengah padang luas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menakik darah di batu (= di alu).Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang memberi tangan di atas, yang menerima (= meminta) tangan di bawah.Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak anjing tersepit.Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sauk (= menyauk) air mandikan diri.Hidup dengan usaha sendiri tanpa meminta pertolongan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas