| Jatuh berjolok. | Memperoleh sesuatu kerana diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Jatuh berkait). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jatuh berkait. | Memperoleh sesuatu kerana diminta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Itik mendapat air. | Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang mengantuk disorongkan bantal. | Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang lapar diberi nasi. | Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang mengantuk disorongkan bantal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang haus diberi air. | Memperoleh apa yang diingininya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum duduk berlunjur dulu. | Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik melompat, turun terjun. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dulu timah, sekarang besi. | Orang kecil memperoleh pangkat tinggi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan tergantung, kucing tunggu. | Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |