Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.si.ha.ti] | منصيحتي

Definisi : 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sem­bah­yang; 2. mengesyorkan kpd, meng­anjur­kan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan me­minum minuman keras; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.si.ha.ti] | منصيحتي

Definisi : memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasihat (kata nama)
Bersinonim dengan ajaran, peringatan, tunjuk ajar, petua, petunjuk, panduan, tegur ajar, teguran, amaran, pesanan, wejangan;,
Kata Terbitan : menasihati, penasihat,

Peribahasa

Jangan dicatuk dengan yang tajam,
     dicencang dengan yang majal.

Bermaksud :

Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(3)

576

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Anak kera hendak diajar memanjat

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan anak kera hendak diajar memanjat. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti hendak meluruskan ekor beruk.Sangat sukar menasihati orang yang degil. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal.Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung.Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas