Mencari-cari beban. | Suka mencampuri urusan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gerundang, tinggallah di kubangan! | Jangan mencampuri pekerjaan orang lain! | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak beban, batu digalas. | Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari [= mencari] beban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada beban dicari (= mencari) beban. | Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak beban, batu digalas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpegang di abu hangat. | Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah. | Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |