Menohok kawan seriring. | Mencelakakan kawan sendiri. (Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghadapkan bedil pulang. | Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggunting dalam lipatan. | Mencelakakan kawan atau saudara sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahan jerat sorong kepala. | Hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuat titian berakuk. | Memperkenakan tipu muslihat untuk mencelakakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Senjata makan tuan. | Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tohok tunggang ke baruh (= ke bawah). | Orang yang berkuasa mudah mencelakakan orang yang di bawah perintahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut hang lebih daripada gedembai. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. | Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memimpin gajah tempang, mati dihempap dek tubuh. | Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |