| Bembam bukan terung. | Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengembangkan ketiak amis. | Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kecek ular. | Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencencang lauk tengah halat. | Menceritakan cacat-cela sendiri kepada orang banyak. halat = perjamuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencabik baju di dada. | Menceritakan aib kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebelum hujan petir berpalu, kilat bersabungan. | Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada elok yang tak buruk. | Janganlah bebas menceritakan rahsia diri sendiri kepada orang, kerana selama baik mesti akan datang waktu bermusuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menepuk (= mencapak) air di dulang, terpercik muka sendiri juga. | Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |