Mendapat sama berlaba, merugi sama kehilangan. | Hidup yang seia-sekata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendapat kopi keras (= pahit). | Kena marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendapat pisang terkubak. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendapat panjang hidung. | Mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendapat cabai rawit. | Mendapat celaan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendapat badar tertimbakan. | Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepasin dapat bersiang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beroleh (= mendapat) hidung panjang. | Mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mendapat cincin ijuk. | Mendapat barang yang tidak berguna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai mencuri terasa mendapat, tak pandai mendapat terasa mencuri. | Sesuatu yang diperoleh dengan kepintaran terasa usaha yang benar, dan sesuatu yang diperoleh dengan jalan menipu terasa didapat dengan curian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sirih naik, junjungan patah. | Baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |