Aur ditanam betung tumbuh. | Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba. | Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rugi menentang laba, jerih menentang boleh. | Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang taksir hilang laba. | Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |