Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Bermaksud :

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti itik mendengar guntur.Mengharapkan keuntungan yang belum tentu diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana mendengar bunyi.Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali.Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mestika embun.Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menelan mestika embun.Mendengar nasihat yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti telinga kuali.Tiada mahu mendengar nasihat orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai si pekak tertanya-tanya.Sangat ingin mendengar khabar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telinga terbakar muka menyala.Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang.Mendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas