Berkuah air mata. | Selalu menderita susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang tergenggam jatuh terlepas. | Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak anjing tersepit. | Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Destar habis, kopiah luluh. | Menderita kemalangan terus-menerus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dimakan kapang habis berlubang. | Menderita penyakit kelamin. kapang = sejenis teritip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Licin bagai basuh perahu. | Menderita kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyandang lemang hangat orang. | Menderita kerana akibat perbuatan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak tahu akan kain lagi. | Menderita sakit payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar senget jangan tertiarap. | Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pucuk layu disiram (= ditimpa) hujan. | Setelah menderita barulah mendapat kesenangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |