Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nyam] | مڠاڽم

Definisi : 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nyam] | مڠاڽم

Definisi : mengatur atau menyusun sesuatu (spt daun mengkuang yg telah dijangka) bersilang-silang; menjalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganyam

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam,
     silap (= sesat) mengelarai.

Bermaksud :

Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak tahu menganyam, pandan disalahkan.Tidak mahu mengaku kebodohan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk muka cermin dibelah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam, silap (= sesat) mengelarai.Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit.Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas