Syarak yang mengata, adat yang memaksa. | Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih. | Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat memakai, syarak mengata. | Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pukul anak sindir menantu. | Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |