Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ta.i] | مڠاتاءي

Definisi : 1. mengeluar­kan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik; mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, me­nuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. men­cakapkan (utk atau sbg melahirkan pandang­an dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ta.i] | مڠاتاءي

Definisi : , mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengatai

Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Bermaksud :

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai mengatai tunggak (= tunggul).Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Udang hendak mengatai ikan.Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Udang tak tahu di bongkoknya.Tak insaf akan kekurangan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Udang hendak mengatai ikan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas