Menuntut piutang lapuk. | Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggolek batang terguling. | Mengerjakan pekerjaan yang mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memerah kain basah orang. | Mengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat sesuatu faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik basuh kaki saja. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak payah basuh kaki tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti biduk dikayuh hilir. | Mengerjakan pekerjaan yang sangat digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam gadis bertelur. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan terhenti-henti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat diisi, lembaga dituang. | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati gatal mata digaruk. | Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anai-anai makan kayu. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak payah basuh kaki tangan. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |