| Takut mengikut jalan tak beretas. | Takut melakukan pekerjaan yang belum pernah diperbuat orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tekukur mengikut kata. | Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Corak kain mengikut kehendak penenunnya. | Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bengkok batang bengkoklah bayangnya. | Mengikut ajaran yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti lurus-lurus telunjuk. | Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan bercermin di air keruh. | Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan berkemudi di haluan. | Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai langau di ekor gajah. | Selalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja. | Sesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pucuk pohon ru; ke mana ditiup angin ke situlah melentur. | Tidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |