Hujan menimpa bumi. | Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit menimpa kepala, bumi memegang kaki. | Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Layar menimpa tiang. | Kawan menjadi lawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung melambung, malang menimpa. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Condong yang akan menimpa. | Perbuatan yang sangat membahayakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk. | Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat. | Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa. | Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat perahu takkan karam sebelah. | Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |