Gajah lalu kumpai layu. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Katak hendak jadi lembu. | Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Main badar, main gerundang. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Perbezaan lain yang sama makna: Melonjak badar, melonjak gerundang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melonjak badar, melonjak gerundang. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang. | Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula. | Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. | Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. | Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |