Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita. | Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar titik, jangan tumpah. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar merangkak jangan menjalar. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kudis menjadi tokak. | Perkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuman menjadi barah (= pekung). | Perkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar. | Orang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |