Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Dikulum menjadi manikam,
     dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.

Bermaksud :

Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lut dengan marakah.Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar titik, jangan tumpah.Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar merangkak jangan menjalar.Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut hang lebih daripada gedembai.Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas