| Bukit jadi paya, paya jadi bukit. | Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk. | Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jadi dinding lasak peti manian. | Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lupak (men)jadi perigi (= telaga). | Orang miskin menjadi orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut. | Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cemperling nak jadi bayu. | Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cacing hendak menjadi naga). bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi. | Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bercampur dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak. | Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. | Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain. | Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |