Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus. | Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung. | Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar merangkak jangan menjalar. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular. | Dua orang yang sama rupa dan perjalanannya tetapi budi pekertinya berlainan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar titik, jangan tumpah. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |