Menjilat keluan bagai kerbau. | Kecewa kerana maksudnya tidak tercapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjilat air liur (= ludah). | Yang sudah dicela dipuji kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sepatung menjilat air. | Datang dan kemudian pergi lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |