Menjolok sarang tabuan. | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sarang tabuhan jangan dijolok. | Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurus lubang lurus penjolok. | Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya. penjolok = galah untuk menjolok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelimpanan mata dek pengelan. | Dikecewakan oleh orang yang diharapkan. kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengusik anjing tidur. | Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak badak dihambat-hambat. | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |