Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau diĀ­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulatĀ­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.Perbuatan yang tidak sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah.Pekerjaan yang tidak sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masak malam mentah pagi (= siang).Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan masak mentah.Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlampau dikadang, mentah.Kerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masak di luar mentah di dalam.Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulat bersegi, bersanding melukai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anjing makan masak mentah.Orang yang gelojoh tiada memilih baik ataupun jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Budak-budak makan pisang.Masih mentah dalam segala hal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai diurap dengan daun katang-katang.Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas