Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : mengenakan atau menggunakan tuju pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cik Esah menuju ke pekan,
     Tumbuh kulat di kaki kuda;
Cik Esah cik tuan pesan,
     Kirim surat kupinang muda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar.Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai.Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tempong menuju jih.Bercakap dengan berterus-terang. tempong = pelempar; jih = tanda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat yang menurun, syarak yang mendaki.Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belayar mengadang (= menentang, menuju) pulau.Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas