Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pu] | منومڤو

Definisi : 1. = bertumpu menekankan (menolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki memberi sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pu] | منومڤو

Definisi : 1 menekan pd sesuatu. 2 memberikan bantuan atau sokongan; menyokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menumpu

Peribahasa

Terbang bertumpu,
     hinggap mencengkam.

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terbang bertumpu, hinggap mencengkam.Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang tampak muka, pulang tampak punggung.Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas