| Tembaga menunjukkan senam, besi menunjukkan karat, keris menunjukkan pamur, manikam menunjukkan cahaya. | Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menunjukkan ilmu kepada orang menetek. | Melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harimau menunjukkan belangnya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau memperlihatkan kukunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Usul menunjukkan asal. | Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bahasa menunjukkan bangsa. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebab bahasa menunjukkan bangsa. | Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kain menunjukkan corak bangsanya. | Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa. | Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau Si Tua (harimau) menunjukkan belangnya, 'lah tentu kambing bertanggungan. | Orang yang lemah berhadapan dengan orang yang kuat, tentu akan kalah akhirnya. bertanggungan = menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |