Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Ke mana condong,
     ke mana rebah.

Bermaksud :

Sudah dilakukan menurut adat yang biasa.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Alur bertempuh, jalan berturut.Dilakukan menurut adat yang biasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke mana condong, ke mana rebah.Sudah dilakukan menurut adat yang biasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut.Hendaklah menurut adat istiadat di negeri yang kita tumpangi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang yang selancaran alu, atap yang berjahit, bendul bertekan.Perkauman yang dekat menurut adat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tumbuh pada alur sudah diturut; tumbuh pada jalan sudah ditempuh.Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, sehingga tidak ada yang ketinggalan lagi. alur = maksudnya aturan; ditempuh = dijalani.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat diisi, lembaga dituang.Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas