Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hendaklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menim­bus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. menjadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempohnya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1 me­rapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau ber­tudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gali lubang menutup lubang.Meminjam wang untuk membayar hutang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggali lubang, menutup lubang.Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teperlus maka hendak menutup lubang.Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencabut dari limbahan.Membela (menutup) malu salah seorang kaum keluarga yang telah buruk namanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghilangkan jejak bagai harimau.Berbuat sesuatu untuk menutup kesalahan atau perbuatan yang kurang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tutup lubang, gali lubang.Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembunyi-sembunyi puyuh.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas