Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyang.ka] | مڽڠک

Definisi : 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang meng-ingat sesuatu drpd orang dewasa; 2. menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3. menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyang.ka] | مڽڠک

Definisi : 1 membuat sesuatu ke­­putusan dgn mengagak-agak saja; menduga: Orang ~ dialah yg menembak harimau itu. 2 menaruh syak atau ragu-ragu; mencurigai: Biarlah orang lain ~ aku ini jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyangka

Peribahasa

Jangan bijak terpijak,
     biarlah bodoh bersuluh.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti batang mengkudu, dulu buah daripada bunga.Menyangka telah dapat memiliki sesuatu yang belum pasti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis.Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan.Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas