Mengusut mudah, menyelesaikan susah. | Mencari perselisihan mudah sekali, mendamaikannya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak. | Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali jangan putus, kaitan jangan serkah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menarik rambut di dalam tepung. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai. | Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. | Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. kusa = besi penghalau gajah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. | Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |