| Menyimpan embacang masak. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak berkelipat perut. | Tak tahu menyimpan rahsia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tahu makan, tahu simpan. | Pandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau pandai makan, pandai simpan. | Pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Pandai makan tak pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Garam dikulum tak hancur. | Orang yang pandai menyimpan rahsia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pandai makan tak pandai simpan. | Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti tempayan bocor. | Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar pecah di mulut, jangan pecah di perut. | Menyimpan rahsia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |