Titik ditampung, meresap dipalit. | Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencurah air di daun keladi. | Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Madu satu tong jika rembes; rembesnya madu juga. | Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. rembes = meresap keluar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |