Rebung tak miang, bemban pula miang. | Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis miang kerana bergeser. | Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain pendinding miang, wang pendinding malu. | Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tidur di atas miang. | Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpijak bara hangat. | Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya. | Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |