Minta dedak kepada orang mengubik. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta pucuk pada alu. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta darah pada daing. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta tulang kepada lintah (= lidah). | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat, f. Minta tanduk pada kuda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta tanduk pada kuda. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersuluh menjemput (= minta) api. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggalangkan leher minta disembelih. | Sengaja mencari bahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Uir-uir minta getah. | Berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri; perempuan yang memikat hati lelaki. uir-uir = sebangsa belalang atau jengkerik yang biasa berbunyi di dalam rimba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta darah pada dabung. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. dabung (berdabung) = berpepat gigi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging. | Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |