Kera (= monyet) kena belacan. | Sangat gelisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera menjadi monyet. | Tiada bezanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjual pisang kepada monyet. | Berjual dengan memberi hutang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan memberi bunga kepada monyet. | Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memberi bunga kepada kera (monyet). | Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantas seperti tangan beruk (= monyet). | Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet). | Perempuan yang hamil sebelum kahwin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kera diberi kaca. | Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera dapat bunga. | Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kera diberi kaca). (Bandingkan dengan: a. Memberi bunga kepada kera [monyet]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |